BERITA SEMASA
KADAR OBESITI - SEMAKIN MENINGKAT DI MALAYSIAObesiti dianggap satu penyakit di mana terdapat lebihan lemak yang terkumpul pada tubuh seseorang sehingga boleh membahayakan kesihatan. Ketua Jabatan Pemakanan dan Dietitik Hospital Universiti Kebangsaan (HUKM), Prof. Dr. Mohd. Ismail Noor berkata, masalah obesiti kini tidak hanya berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat sebaliknya turut menular ke negara-negara membangun seperti Malaysia. Berdasarkan kepada kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan, baru-baru ini kadar kegemukan dan obesiti di Malaysia adalah tinggi berbanding negara-negara lain di rantau ini. Menurut beliau, sebanyak 21 peratus rakyat di negara ini mengalami kegemukan manakala 6.2 peratus lagi mengalami obesiti. Berbanding dengan negara Thailand yang mempunyai kadar kegemukan sebanyak 16 peratus manakala obesiti sebanyak 4 peratus. Ini diikuti oleh China cuma sebanyak 13.3 peratus bagi kegemukan dan kadar obesiti kurang daripada 2 peratus.
Beliau berkata, antara penyebab utama berlakunya
obesiti ialah banyak dipengaruhi oleh gaya hidup yang
diamalkan oleh individu tersebut.
"Berat badan berlebihan ini berlaku di kalangan mereka yang tidak langsung mengambil berat soal pengambilan makanan dengan aktiviti yang dijalankan.
"Sebaliknya mereka mengambil makanan dalam jumlah yang agak berlebihan tanpa cuba menyeimbangkan antara tenaga yang diambil dengan tenaga yang digunakan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ceramah bertajuk Obesiti dan Berat Badan Impian pada Seminar Anggun, Sihat dan Bergaya anjuran Persatuan Menopaus dan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), di salah sebuah hotel terkemuka di ibu negara, baru-baru ini. Dr. Mohd. Ismail memberitahu, setiap individu baik wanita mahupun lelaki mempunyai impian memiliki bentuk badan ideal yang cantik dan menarik. Namun kesedaran mereka tentang amalan gaya hidup sihat menjadikan mereka gagal memiliki bentuk badan seperti yang diimpikan.
"Ketika keinginan mereka memuncak untuk mendapatkan bentuk badan impian, sebahagian daripadanya masih gagal mengawal nafsu makan yang memudaratkan," ujarnya.
Jumlah dan jenis makanan yang perlu diambil oleh setiap individu adalah bergantung kepada umur, jantina dan aktiviti yang dijalankan.
Sebagai contoh, kanak-kanak pada usia dua hingga lima tahun pengambilan makanan yang diperlukan dalam satu hari adalah berbeza dengan remaja yang berusia 15 hingga 21 tahun. Ini kerana pada peringkat usia tersebut kanak-kanak sedang menjalani proses tumbesaran badan serta otak yang memerlukan mereka mendapat makanan seimbang dan lengkap. Berbanding remaja, walaupun mereka juga sedang menjalani proses tumbesaran namun jumlah dan jenis makanan yang diambil adalah agak berat dan kuantitinya lebih banyak. Menerangkan gaya hidup sihat seperti yang disarankan, beliau berkata ia tidak hanya tertumpu kepada soal-soal yang melibatkan pengambilan makanan, sebaliknya ia juga dikaitkan dengan aktiviti dan kegiatan yang dilakukan. Sebagai contoh melakukan senaman secara teratur dan berkesan. "Senaman memainkan peranan penting mempengaruhi gaya hidup sihat dan sekiranya ia dilakukan dengan cara yang teratur ia mampu memberi pulangan yang baik kepada tahap kesihatan diri individu itu sendiri," ujarnya lagi. Selain gaya hidup, turut dikaitkan dengan punca obesiti ialah gangguan psikologi, perubatan dan faktor genetik. Menerangkan mengenai punca tersebut beliau berkata sesetengah individu menganggap diri mereka kurus dan terlalu kecil sehingga mereka perlu makan untuk mendapatkan bentuk badan yang agak berisi. Sedangkan katanya tanpa disedari diri mereka sebenarnya termasuk dalam golongan yang gemuk. Sekiranya tidak benar-benar mengawasi jenis dan kuantiti makanan yang diambil berkemungkinan besar mereka juga akan mengalami obesiti. "Mereka yang mengambil ubat-ubatan seperti pil kurus atau tujuan melangsing badan juga berisiko tinggi untuk mendapat berat berlebihan. "Keadaan ini berlaku akibat daripada kegagalan mereka mengimbangi dan mempertahankan berat badan yang telah dimiliki dengan ubat-ubatan yang dimakan," ujarnya lagi. Beliau berkata, pengambilan ubat-ubatan yang tidak teratur turut mendorong kepada seseorang itu untuk mendapat berat badan berlebihan. Menyentuh mengenai faktor genetik yang turut dikaitkan dengan penyebab utama kepada obesiti, Dr. Mohd. Ismail berkata sehingga kini ia masih belum dapat dipastikan lagi Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan. DIET
memandangkan ada antara individu yang mengalami obesiti sedangkan ibu bapa mereka sebaliknya. Beliau menambah, sikap tidak acuh sesetengah masyarakat terhadap masalah obesiti ini turut menjadi punca utama meningkatkan penyakit ini. Selain itu, turut dikaitkan ialah media massa yang ada antaranya memberi maklumat dan nasihat palsu untuk mendapatkan berat badan idaman. Apa pun kata beliau, terpulang kepada diri seseorang sama ada memilih untuk terus mengekalkan berat badan ideal atau membiarkan sahaja berat badan berlebihan terus menguasai mereka. CADANGAN: LIHAT SEMULA APA YANG AMBIL SEWAKTU SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAHARI, MINUM PETANG PETANG, MAKAN MALAM DAN SUPPER. PILIHAN POPULAR : ROTI CANAI, TEH TARIK, NASI LEMAK, MEE GORENG, TEH AIS, NASI CAMPUR, NASI PADANG, NASI BRYANI, NASI BERYANI GAM, MEE REBUS, MEE SUP, SUP EKOR, GORENG PISANG, AYAM GORENG, SATAY, AIS BATU CAMPUR (ABC), MINUMAN TIN BERKARBONAT, KEROPOK LEKOR. ADAKAH INI PILIHAN ANDA ? JIKA YA , ANDA PERLU FIKIRKAN SEMULA DIET ANDA. |
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Pengedar tunggal: