BERITA SEMASA



OBESITI DAN KESANNYA PADA KESIHATAN

Pakar Perunding Perubatan (Endokrinologi), Jabatan Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof. Madya Dr. Nor Azmi Kamaruddin berkata, dalam menangani masalah obesiti, individu terbabit kena memahami tubuh badan dan keadaan diri mereka sendiri.

Menurut beliau, mereka yang ingin menurunkan berat badan perlu realistik.

"Senario proses menurunkan berat badan yang kita lihat hari ini rata-ratanya agak tidak praktikal. ``Contohnya, jika berat badan ialah 100 kilogram, individu terbabit ingin menurunkan hingga ke 60 kilogram. Ini adalah sesuatu yang tidak praktikal dan mustahil," ujarnya

Obesiti diertikan sebagai jumlah berat badan yang berlebihan akibat kandungan lemak. Dianggarkan sebanyak enam peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah ini. Menurut Dr. Nor Azmi, peningkatan penyakit diabetes di negara ini sejajar dengan meningkatnya masalah obesiti.

Anda tahu tidak, bagaimana cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal? Kalau anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI = berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

BUAT PERBANDINGAN BMI ANDA DENGAN SKALA DIBAWAH :

Status BMI

Kurus Kurang

20.6

Normal

20.7 - 26.4

Gemuk

26.5 - 30.9

Obesiti

31.0 - 45.2

Bahaya

Lebih 45.3


MASALAH OBESITI
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek


IMPLIKASI OBESITI
Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:

  • Penyakit hipertensi
  • Penyakit jantung koronari
  • Diabetes Mellitus
  • Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain
  • Gout dan sakit sendi (osteoartritis)
  • Masalah pernafasan - sleep apnea syndrome
  • Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)
  • Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.
  • Risiko psikososial:
    Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.



kembali ke Berita Semasa

 
PENAFIAN ( DISCLAIMER )
Kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kekeliruan atau masalah atau kerugian yang dihadapi oleh sesiapa sahaja kerana menggunakan maklumat yang terdapat dalam halaman web ini.

Pengedar tunggal:
GREENLEAF BIOTECH MARKETING
Blok A-6-1, Level 8, Menara Uncang Emas,
No.85 ,Jalan Loke Yew
55200 Kuala Lumpur
     


Copyright © 2008 Greenleaf Biotech Marketing. All rights reserved.

web design & developement by Interactive Solutions House