BERITA SEMASA



OBESITI DI MALAYSIA


Kegemukan atau obesiti boleh mengakibatkan penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi, diabetis dan kanser.

Menteri Kesihatan Datuk Chua Jui Meng berkata, kajian mendapati hampir 3 juta rakyat Malaysia mengalami masalah kegemukan atau obesiti pada tahun 2000.

Kegemukan di kalangan kaum India sebanyak 25.6 peratus diikuti Melayu sebanyak 22.4 peratus dan Cina 19.5 peratus.

"TUAN-tuan dan puan-puan, kita memang sudah terlalu gemuk. Rakyat kini hanya duduk dan makan untuk mati.

"Kita kena faham ini betul-betul. Berat badan yang berlebihan boleh membunuh!" kata Setiausaha Perkhidmatan Kemanusiaan dan Kesihatan Amerika Syarikat (AS), Tommy Thompson pada satu sidang akhbar pelancaran kempen pengiklanan menggempur masalah obesiti di negara berkenaan, bermula Rabu lalu.

Penggunaan produk, program pengubahsuaian tingkah laku serta diet pelangsingan bagi mengatasi masalah ini lazimnya jarang bertahan lama.

Tidak kurang juga yang mengalami sindrom yo-yo apabila kembali obes sebaik berhenti program diet, berdiet semula, obes dan seterusnya.

Lapan langkah penting bagi mereka yang mahu mengawal berat badan :

  • Makan tiga hidangan kecil sehari
  • Makan hanya makanan berbentuk pepejal
  • Kunyah makanan perlahan-lahan dan dengan lebih lama.
  • Berhenti makan apabila berasa kenyang
  • Jangan makan di antara hidangan
  • Jangan minum air bersulam makan
  • Air mestilah kalori sifar
  • Bersenam sekurang-kurangnya 30 minit sehari

BMI PETUNJUK

Kurang 18.5 Kurang berat badan
18.5 hingga 24.9 Berat badan sihat
25 hingga 29.9 Berat badan berlebihan
30 hingga 39.9 Obesiti
40 ke atas Obesiti morbid

Faktor penyebab obesiti morbid:

Apa itu obesiti morbid?

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.

Obesiti dikategorikan sebagai morbid atau berpenyakit apabila tisu-tisu lemak badan menjadi keterlaluan.Dalam masa yang sama, ia mengganggu atau mencederakan organ-organ badan yang lain, menyebabkan masalah kesihatan yang serius.Selain mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, ia memendekkan jangka hayat penghidapnya.

Siapa yang tergolong dalam obesiti morbid?

  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukurannya ideal
  • Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 45 kilogram melebihi berat badannya ideal
  • BMI melebihi 40 atau
  • BMI melebihi 35 dan mengalami beberapa penyakit seperti tekanan darah tinggi atau diabetes
  • Gagal mengekalkan berat badan yang sihat dalam jangka panjang sekalipun setelah mengikuti diet yang disarankan oleh pakar-pakar pemakanan.

Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan.

Satu kajian yang dibuat oleh AC Nielson, mendapati bahawa budaya mengambil makanan segera dalam kehidupan harian telah menyumbang kepada masalah ini. Di Malaysia, 59% rakyatnya makan sekurang-kurangnya sekali seminggu di restoran makanan segera dan waktu yang paling digemari ialah makan malam, manakala 71% sanggup membeli makanan segera untuk sarapan pagi.

Kebanyakan makanan segera yang dijual selalunya jenis makanan yang sudah diproses dan mengandungi kadar garam yang tinggi, gula, lemak dan juga perasa, termasuk monosodium glutamate (MSG). Makanan ini juga biasanya digoreng dengan minyak yang telah digunakan berulang kali, yang mana tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak 'trans fat'. Trans fat dihasilkan apabila pengeluar minyak masak menambah hidrogen ke dalam minyak sayuran - satu proses yang disebut penghidrogenan. Proses ini memanjangkan tarikh luput minyak dan mengekalkan bau makanan. Trans fat seperti juga lemak tepu dan kolestrol, meningkatkan kadar LDL (low density lipoprotein) atau kolestrol yang jahat.

Menurut kajian terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% rakyat Malaysia mengalami obesiti, peratus tertinggi di Asia. Statistik menunjukkan kadar obesiti di Malaysia meningkat dengan cepat. Data menunjukkan obesiti meningkat mengikut umur iaitu 6.6% di kalangan berumur 6 tahun, naik kepada 13.8% bagi mereka berumur 10 tahun. Perbezaan antara etnik juga berlaku terutama di kalangan kanak-kanak lelaki dengan 16.8% kanak-kanak Melayu mengalami obesiti berbanding 11% kanak-kanak Cina dan India.

Biasanya apabila kita telah berusaha untuk mengurangkan berat badan, masalah yang muncul ialah untuk mengekalkan berat badan baru yang telah kita peroleh,'' ujarnya

Menurut beliau, terdapat empat kaedah yang perlu dilakukan oleh mereka yang menghadapi masalah obesiti. Ini termasuklah diet, senaman, ubat-ubatan dan pembedahan.

Diet

  • Elakkan makanan yang tinggi kandungan kalori seperti makanan yang banyak lemak dan gula. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Kurangkan menggoreng makanan. Banyakkan makanan yang direbus dan dibakar.
  • Elakkan menggunakan susu pekat manis.
  • Kurangkan kandungan gula dalam minuman dan kuih-muih.
  • Makan ikut jadual dan elakkan meninggalkan jadual makan.
  • Jangan gelojoh ketika makan dan ambil masa untuk memberi rasa kekenyangan.
  • Kurangkan makan di waktu malam, elakkan snek ketika menonton televisyen.
  • Pengurangan antara 500 hingga 1,000 kalori sehari dapat mengurangkan antara 0.5 hingga 1 kilogram sebulan.
  • Senaman:
    Senaman perlu dilakukan secara berterusan setiap hari dalam tempoh 20 hingga 30 minit sahaja bergantung kepada aktiviti yang dilakukan.
    Sebaik-baiknya amalkan senaman selama 15 minit setiap hari daripada bersenam selama dua jam tetapi hanya seminggu sekali.
    Senaman ini merangkumi berjoging, berbasikal, aerobik, bersukan, berenang dan sebagainya.
  • Ubat-ubatan - Kaedah ini dapat membantu mengurangkan sebanyak antara lima hingga 10 peratus berat badan. Terdapat empat jenis ubat-ubatan iaitu:
    1. Lipase inhibator. Ubat ini menghalang enzim lipase di dalam saluran penghadaman memproses lemak makanan yang dimakan daripada menyerap ke dalam tubuh. Bagaimanapun, ia hanya menyekat 1/3 daripada lemak tersebut dan bakinya akan memasuki sistem penghadaman makanan.
    2. Ubat mengekalkan paras hormon adrenalin dan serotonin. Dengan memakan ubat ini, ia akan mengawal fungsi selera makan dalam otak yang menyebabkan individu terbabit berasa kenyang. Kesan sampingannya ialah hipertensi, sukar tidur, jantung berdebar, panas dan sebagainya.
    3. Ubat kencing manis. Ia boleh bertindak terhadap sel-sel tubuh dengan memperbaiki sensitiviti sel terhadap hormon insulin.
    4. Ubat antikemurungan. Walaupun ia boleh menurunkan berat badan, ia tidak digunakan untuk mengurangkan berat badan kerana ia boleh menimbulkan kesan sampingan.
  • Pembedahan - Pembedahan ini bukan pembedahan kosmetik yang boleh menguruskan badan. Ia hanya digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah obesiti yang serius. Jaminan keberkesanan kaedah ini ialah sebanyak 90 peratus dengan pengurangan berat badan antara 30 hingga 50 kilogram. Namun, ia juga mempunyai implikasi tersendiri seperti muntah, kekurangan zat vitamin dan jahitan terbuka. Antara jenis pembedahan yang dilakukan ialah:
    1. Jaw wiring - mengecilkan bukaan rahang mulut supaya individu tersebut tidak boleh makan dengan banyak.
    2. Gastric reduction - mengecilkan kandungan perut supaya makanan tidak dapat diisi dengan banyak.
    3. Ile-jujenal bypass (Roux-EnY) - pembedahan pintasan di mana perut akan disambung terus ke usus kecil sekali gus menghalang makanan daripada dihadamkan.

Kesesuaian Berat Badan (BMI)

Kaedah untuk mengukur kesesuaian berat badan BMI (Indeks Jisim Badan) kg 72 Ketinggian (m2) 1.7x1.7 Ukuran berat badan boleh dilakukan berdasarkan panduan seperti:

1. Normal: 17-25
2. Berat badan berlebihan: 25-30
3. Obesiti tahap I: 30-35
4. Obesiti tahap II: 35-40
5. Obesiti tahap III: 40 ke atas

Punca

Hampir sebahagian besar masalah obesiti ini berpunca daripada faktor luaran seperti:

  • Pemakanan. Pemakanan yang berlebihan terutama makanan yang mengandungi kalori (tenaga) tinggi. Ini termasuklah makanan yang mempunyai kandungan lemak dan gula yang tinggi.
  • Kurang melakukan senaman.
  • Kesibukan bekerja, menonton televisyen dan banyak menghabiskan masa di depan komputer.
  • Penyakit-penyakit metabolisme endokrin seperti kekurangan atau terlebih hormon pertumbuhan kortisol. Sekiranya kekurangan hormon thyroxsin atau kekurangan hormon lelaki (testosteron) seseorang boleh mengalami masalah berat badan berlebihan. Ada kalanya ketumbuhan pada hipotalamus boleh menyebabkan individu mempunyai berat badan berlebihan kerana selera makan yang tinggi.
  • Ubat-ubatan. Amalan memakan sesetengah ubat-ubatan seperti steroid atau ubat tradisional Cina boleh mengakibatkan berat badan bertambah. Steroid yang berlebihan boleh menyebabkan penyakit diabetes dan hipertensi.
  • Masalah genetik. Terdapat beberapa gen dalam tubuh yang menyebabkan berat badan berlebihan. Sindrom-sindrom seperti Prader-Willi, Laurence Moon Biedl dan sebagainya boleh menyebabkan obesiti.

Sindrom metabolik. Sindrom metabolik iaitu sejenis penyakit keturunan menyebabkan seseorang itu mempunyai berat badan yang berlebihan, diabetes, hipertensi, tahap kolesterol yang tinggi, gout dan sebagainya.

Bagaimana menyukat tahap obesiti

Selain berat badan berlebihan, seseorang boleh menilai sama ada ia tergolong dalam kategori obesiti melalui ukuran diameter di pusat:

  • Bagi wanita jika ukuran melebihi 88 sentimeter = risiko tinggi mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.
  • Bagi lelaki jika ukuran melebihi 102 sentimeter = risiko tinggi untuk mendapat penyakit dan dikategorikan dalam golongan obesiti.

Implikasi obesiti

Risiko menghidap pelbagai penyakit seperti:

  • Penyakit hipertensi
  • Penyakit jantung koronari
  • Diabetes Mellitus
  • Kanser terutamanya kanser buah dada, usus dan lain-lain
  • Gout dan sakit sendi (osteoartritis)
  • Masalah pernafasan - sleep apnea syndrome
  • Masalah batu dalam pundi hempedu (gall bladder)
  • Bagi wanita mereka biasanya menghadapi masalah sakit puan seperti kitaran haid yang tidak menentu, ketidak- suburan dan sebagainya.
  • Risiko psikososial:
    Individu yang terlalu gemuk akan menghadapi masalah kurang keyakinan diri kerana mereka menjadi bahan bualan. Dari aspek sosial, masyarakat memandang rendah terhadap mereka dan tidak ramai yang ingin bergaul dengan mereka. Kajian menunjukkan individu yang mengalami obesiti kurang mendapat peluang kenaikan pangkat dalam pekerjaan mereka kerana ia sering dikaitkan dengan tabiat malas.

Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek

Apakah Indeks Jisim Badan?

Indeks Jisim Badan (BMI) (bahasa Inggeris: Body Mass Index) merupakan formula untuk menilai berat badan serta berkait rapat dengan ketinggian seseorang itu. BMI merupakan pengukuran tidak langsung komposisi badan kerana ia amat berkaitan dengan lemak yang terdapat dalam berat badan serta ketinggian seseorang individu itu.

Indeks Jisim Badan

Status BMI

Kurus Kurang 20.6
Normal 20.7 - 26.4
Gemuk 26.5 - 30.9
Obesiti 31.0 - 45.2
Bahaya Lebih 45.3

Anda tahu tidak, bagaimana cara untuk mendapatkan berat badan yang ideal? Kalau anda ingin tahu berat badan serta ketinggian anda itu menepati ciri-ciri berat badan yang ideal atau tidak, anda boleh menggunakan pengiraan BMI seperti berikut:

Ukur berat badan anda dalam kilogram (kg) dan tinggi dalam meter (m):

BMI = berat(kg)
------------------------------
tinggi(m) x tinggi(m)

Setelah mendapat keputusan BMI, anda bolehlah melihat carta di sebelah kanan bagi menentukan sama ada anda tergolong dalam kategori gemuk atau terlalu kurus.

Anda janganlah bersedih terhadap keputusan yang anda perolehi, kerana anda mungkin mengurangkan berat badan dengan memakan makanan yang seimbang.



kembali ke Berita Semasa

 
PENAFIAN ( DISCLAIMER )
Kami tidak bertanggungjawab di atas sebarang kekeliruan atau masalah atau kerugian yang dihadapi oleh sesiapa sahaja kerana menggunakan maklumat yang terdapat dalam halaman web ini.

Pengedar tunggal:
GREENLEAF BIOTECH MARKETING
Blok A-6-1, Level 8, Menara Uncang Emas,
No.85 ,Jalan Loke Yew
55200 Kuala Lumpur
     


Copyright © 2008 Greenleaf Biotech Marketing. All rights reserved.

web design & developement by Interactive Solutions House