Kata-Kata Aluan Pengarah Urusan
GreenLeaf BioTech Marketing (GreenLeaf) adalah sebuah syarikat bertaraf bumiputra dan memberi fokus kepada pengedaran produk-produk berasaskan kesihatan. Syarikat ini disokong oleh kilang pengeluar bertaraf GMP dan telah beroperasi di negara ini sejak lebih dari 10 tahun yang lalu. Matlamat utama syarikat ialah untuk menjadi salah sebuah syarikat bumiputra yang berjaya dan disokong oleh rangkaian pengedaran yang efisien meliputi seluruh negara. Kami mahu memberi peluang seluas-luasnya kepada semua rakyat Malaysia yang berminat dan mahu membangunkan perniagaan sendiri dengan modal awal yang kecil serta tidak membebankan untuk bersama kami. Falsafah produk kami ialah kesihatan, kecergasan dan kecantikan. Syarikat memberi keutamaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sihat dan sentiasa ceria. Kami percaya matlamat ini hanya boleh dicapai melalui pengeluaran produk yang berkualiti tinggi dan dijual dengan harga yang mampu beli. Bagi memastikan model bisnes yang menarik dan kompetitif, GreenLeaf telah membentuk satu program khas yang dipanggil Program Usahawan Muda StaYoung (PUMS) yang bertujuan untuk melatih anda menjadi seorang Wakil Pengedar Daerah (WPD) yang berwibawa. Program ini menawarkan berbagai faedah melalui pakej yang sungguh menarik termasuklah margin sehingga 25%, perkongsian untung dengan syarikat dan hadiah-hadiah yang lumayan berteraskan anda guna produk,anda dapat ganjaran. Bayangkanlah setiap produk kami yang anda beli anda akan mendapat 1 mata dan jika dikumpul sepanjang tahun boleh ditukar kepada berbagai hadiah ekslusif yang anda suka termasuklah kereta. Semua orang berpeluang memenanginya.Konsepnya mudah iaitu beli, kumpul, tukar dan menang. Sebagai tanda prihatin terhadap semua pengedarnya, GreenLeaf menyediakan polisi insurans kemalangan diri (PA) melalui Tune Money bernilai sehingga RM 1,000,000 bagi semua WPD yang layak.
Rebutlah peluang dan jadilah sebahagian dari kami.
Azmi Hj. Bakar
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||

Salam sejahtera,
Pengedar tunggal: