|
|
Cara-cara dan Syarat-syarat Penyertaan
Cara-cara Memohon
- Anda perlu menyatakan nama Negeri dan juga Daerah dimana anda akan menjalankan
perniagaan ini sebagai WPD.
- Anda perlu melengkapkan borang permohonan dan boleh dibuat samada secara
online melalui Borang Permohonan WPD yang disediakan atau melalui faximili.
- Setiap maklumat yang diperlukan dalam borang permohonan mesti dilengkapkan
dengan sempurna.Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.Sila kembarkan
sekeping gambar berukuran passport dan juga salinan kad pengenalan.
- Setiap WPD perlu menyertakan bayaran sebanyak RM 500 iaitu RM 50
untuk pendaftaran dan dibayar sekali sahaja manakala baki RM 450 lagi adalah
untuk Pek Permulaan Produk yang mengandungi 4 kota StaYoung dan 2 kotak Gannet.
Produk ini adalah untuk kegunaan sendiri. Jika anda sendiri tidak mencuba produk
ini dan yakin dengan berbagai kelebihannya bagaimana anda hendak mengedarnya
kepada orang laia. Itulah sebabnya didalam PUMS, pembelian pek permulaan adalah
dimestikan. Tidak ada paksaan kepada anda tetapi hanya mereka yang komited
yang akan diterima permohonan.
- Produk akan dihantar terus ke 'at your door step' secara PERCUMA.
- Kami juga akan membekalkan 100 keping brochure kepada anda untuk digunakan
sebagai bahan promosi anda.
- Produk yang dibeli semasa pek permulaan diberi diskaun sebanyak 40%
tetapi setiap WPD hanya dibenarkan membeli pek ini sekali sahaja.
- Kami juga akan menyediakan 100 kad bisnes yang dicetak atas nama anda
dan mengandungi nombor siri WPD dan lain-laian maklumat penting. Kad bisnes
ini juga diberikan secara percuma kepada WPD melalui PUMS.
Syarat-Syarat Pemohonan
Kami hanya berminat dengan mereka yang komited dan benar-benar mahu berjaya
dalam perniagaan ini. Oleh itu setiap WPD perlu mematuhi syarat-syarat berikut :
- Mereka mesti menjelaskan wang sebanyak RM 500 yang boleh dibuat
dalam bentuk postal order, money order atau dibank in terus ke dalam akaun
kami. Bayaran hendaklah dibuat atas nama GREENLEAF BIOTECH MARKETING
melalui akaun Maybank No. 5642 1210 4648. Resit resmi dan surat
perlantikan daripada syarikat akan dihantar kepada anda. Hanya mereka yang
layak yang akan dilantik dan keputusan kami adalah muktamad.
- Anda mesti membuat jualan minimum sebanyak 30 kotak sebulan
(stayoung / gannet) untuk kekal sebagai WPD aktif.
- Kami berhak menamatkan perlantikan anda sebagai WPD jika anda gagal
mengekalkan jualan minimum 3 bulan berturut-turut. Notis penamatan akan
dikeluarkan dan dihantar kepada anda melalui pos berdaftar. Wang pendaftaran
sebanyak RM 50.00 yang anda telah bayar tidak akan dikembalikan jika
perlantikan ditamatkan.
- Pihak syarikat berhak melantik WPD yang baru untuk menggantikan anda
tanpa sebarang perbincangan.
- Kami akan menghantar laporan jualan terkumpul anda setiap bulan melalui
emel anda (berdasarkan alamat emel yang anda nyatakan dalam borang permohonan).
- Pihak syarikat akan menyediakan kemudahan latihan bisnes dan program
motivasi dari masa ke semasa. Bayaran minimum akan dikenakan kepada setiap
WPD yang menyertai program.
- Syarikat juga akan mengemaskini pengetahuan anda dengan menghantar
berbagai maklumat produk atau testimoni melalui halaman web kami yang boleh
anda layari melalui alamat www.stayoung.com.my.
- Anda juga boleh memberi sebarang cadangan atau komen melalui borang
maklumbalas yang disediakan secara online.
- Anda juga boleh memberikan testimoni anda untuk dikongsi dengan orang
lain dan akan dimuat dalam halaman web kami.
- Setiap WPD yang mencatatkan jualan terkumpul sebanyak 100 kotak
(stayoung/gannet) dalam tempuh 12 bulan dalam tahun yang sama setahun
layak menerima Polisi Insurans Kemalangan (PA) daripada Tune Money
bernilai RM 1,000,000 dan sah untuk tempuh setahun.Rekod jualan ini
akan dikeluaran dari rekod jualan terkumpul iaitu sebanyak 100 kotak.
- Mana-mana WPD yang mencapai jualan bernilai RM 1,00,000 akan perlawa
menyertai One Million Dollar Club (OMDC) dan mereka layak mendapat pakej
melancung selama 3 hari 2 malam ke Bali, Indonesia secara PERCUMA.
Mereka juga akan diberikan badge khas OMDC untuk dipakai sepanjang masa
dan mungkin dijemput sebagai penceramah khas semasa Malam Seribu Bintang (MSB)
yang akan diadakan setiap 3 bulan sekali.
Seterusnya... Borang Penyertaan. klik di sini
|
|